Produk Terbaru
Kismis dan Kurma Minda
PERCUMA AIR ZAM-ZAM
Harga Promosi : RM15.00
Spesifikasi :
Ukuran : 130mm(P) x 60mm(L) x 150mm(T)
Berat bersih : 420 gm
Berat Kurma & Kismis: 150 gm
Isipadu air zam-zam : 270ml
Produk asal : Kurma Mariami Negara Iran
HIKMAH AIR ZAM-ZAM
(Dipetik dari: Suara Masjid Edisi Khas, 10 Zulhijjah 1426H / 10 Jan 2006M
Susunan: Us. Abd. Rahman Bin Yusof (Masjid Negara))
Mengikut kitab At-Tabaqat, air zam-zam wujud sejak 4847 tahun dahulu berhampiran bukit Marwah.Mengikut para ulama, air zam-zam merupakan air yang terbaik dan termulia di dunia.
Air zam-zam mempunyai 50 nama.Antaranya disebut Zam-zam, Barakah, Haramiah, Itafirah Abdul Muttalib, Rakuhah Jibrail, Al-Rawa. Sabiq, Salamah, Siqayah Al-Haj, Sayyidah, Shabbaah, Syarab Al-Abrar, Syifa Suqmin, Sofiyah, Thahirah, Thaam Thumin dan lain-lain lagi.
Air zam-zam merupakan anugerah Allah s.w.t. yang mengandungi keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak kalau hendak dibandingkan dengan air yang lain didunia ini. Di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. banyak menyebutkan hikamh kejadian air zam-zam. Diantaranya ialah:
1.Zam-zam air yang terbaik di dunia dan boleh menyembuh penyakit dengan izin Allah s.w.t.
2.Zam-zam diberkati dan sesiapa yang meminumnya akan dapat menghilangkan lapar dan dahaga.
3.Seseorang yang meminum air zam-zam dapat menyempurnakan niatnya dengan izin Allah s.w.t.
4.Kejadian air zam-zam merupakan salah satu daripada mata air syurga.
5.Air zam-zam merupakan kurniaan Allah s.w.t. yang pertama di atas keberkatan doa Nabi Allah Ibrahim a.s.
6.Kewujudan air zam-zam sebagai penyebab pembangunan dan kemajuan bumi Makkah serta terbinanya Baitullah.
7.Air zam-zam membuktikan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. di Tanah Haram Makkah.
8.Air zam-zam menandakan salah satu nikmat dan manfaat Allah s.w.t. yang boleh dilihat di Makkah.
9.Terjadi telaga zam-zam melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.
10.Air zam-zam merupakan air yang terpilih beberapa kali untuk membersihkan hati Rasulullah s.a.w.
11. Air zam-zam bertambah berkatnya dengan ludahan Rasulullah s.a.w.
12. Dengan izin Allah s.w.t. air zam-zam boleh menyembuhkan demam panas.
13. Banyak meminum air zam-zam merupakan sebahagian dari tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafiq.
14. Air zam-zam merupakan minuman orang-orang yang tinggi darjatnya.
15. Air zam-zam adalah sebaik-baik hadiah atau buah tangan bagi orang-orang yang mengunjungi Makkah.
16. Air zam-zam tidak akan kering walaupun ramai yang mengambilnya.
Kebaikan Kurma :
Nabi Muhammad SAW bersabda: Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat
(Maksud Al-Hadith)
Imam Jafar Ash-Shadiq a.s. bersabda: Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati
(Maksud Al-Hadith)
Kebaikan Kismis :
Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali mati.
(Maksud Al-Hadith)
Nabi Muhammad SAW bersabda: Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.
(Maksud Al-Hadith)
Boleh dibuat hadiah dan cenderahati kepada kakitangan sekolah, pejabat kerajaan dan sebagainya. Tempah segera sempena Ramadhan ini. Hubungi Cikgu Azraie ditalian 0134010490 untuk tempahan.

0 comments:
Post a Comment